Wednesday, October 5, 2011

warkah buat tersayang




3 Oct 2011


Tidak tahu kenapa, ingatan terhadap arwah abah menyesak dadaku...
Kenapa begitu sukar untuk aku terima kenyataan walau sudah 10tahun arwah meninggalkan aku sekeluarga?

Ingatan terus kembali kepada kira2 10 tahun lepas. Dimana suatu petang habis waktu persekolahan aku, aku terus menuju ke perpustakaan awam di bahagian bawah sekolah aku. Disanalah aku telah berjanji dengan arwah untuk menunggu aku habis waktu persekolahanku.

Dari jauh aku sudah nampak kelibatnya di sebuah meja yang mengadap kea rah tingkap. Langkah aku perlahankan, di dalam hati timbul niat nakal untuk menyergahnya... ‘Harghh!!...’ sergahku sambil ketawa apabila arwah terkejut... ‘Terkejut abah! Kalau abah meninggal sebab adik sergah abah macam mana?’... Terkelu aku dengan teguran abah... Didalam hatiku berisgtifar minta dijauhkan segala kemungkinan itu...Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi pernah mengulangi perbuatan yang sama kepada abah... Jika aku lihat arwah terlalu kusyuk membaca ketika menungguku di perpustakaan, aku akan cepat2 menghasilkan sebarang bunyi untuk mengalihkan perhatian abah dari bacaannya supaya arwah sedar akan kehadiranku... Tidak sanggup aku mendengar ayat yang sama lahir dari mulut abah lagi... Sesungguhnya aku terlalu menyayanginya sehingga aku tidak sanggup menghadapi kenyataan sekiranya abah tiada lagi di dunia ini...

Namun, setiap yang hidup itu pasti akan kembali kepada PenciptaNya... Abah tidak terkecuali... Sekarang, segala kenangan itu tidak akan kembali lagi walau menangis air mata darah sekalipun, walau tetaat mana aku bermohon pada Allah untuk mengulangi peristiwa itu... Yang lepas tetap tidak akan kembali...

Namun, hati aku sukar sekali untuk menidakkan kenyataan itu... Bagiku arwah sentiasa wujud dalam setiap nafasku... Kerana di dalam diriku mengalirnya darah arwah, yang menjadi sebahagian daripada diri aku...

Abah... Jika diberi peluang, adik akan pastikan adik menjadi anak yang terbaik yang pernah abah ada di dunia ini... Adik akan pastikan tiada airmata yang mengalir di pipi abah disebabkan adik... Adik akan pastikan tiada langsung kegusaran dan kebimbangan yang akan abah alami... Adik akan pastikan adik tidak akan mengulangi lagi apa yang pernah adik lakukan sebelum tibanya hari itu... Adik menyesal abah, sangat menyesal dengan perbuatan adik... Seumur hidup ini adik akan menanggung sesalan itu... Sukar untuk adik maafkan diri sendiri atas perbuatan adik pada abah sewaktu hayat abah masih ada...

Abah... Maafkan adik bah... Maafkan adik tidak jadi yang terbaik... Adik terlalu rindukan abah... Rindu gelak ketawa abah, gurauan abah jika adik tidak mahu bangun dari tidur, usikan abah apabila abah mahu mengeluarkan angin, tasa’uf setiap kali selepas solat Subuh, ajaran abah apabila adik tidak faham English, teguran abah setiap kali adik melakukan kesalahan, main dengan urat yang timbul di tangan abah, rindu untuk mengucup tangan kasar abah yang selama ini membanting tulang untuk membesarkan adik, rindu mengucup pipi abah setiap kali tangan abah disalami...

Ya Allah, betapa aku tidak tahu bersyukur ketika arwah masih dalam hayatnya dulu... Kau ampunilah dosa2 arwah, Kau kurangkanlah siksa api kuburnya dan Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman...

Amin...amin ya rabbal ‘alamin....



~ Ngah Abdul Rahman@Mustapha bin Mohd Yusoff dalam kenangan... 22 Disember 2001, 10.45 pagi, Hospital Besar Taiping ~

Tuesday, September 27, 2011

~hilang tanpa arah~

dont know what to say...
but since b4 puasa everything is wrong for me...
puas dicari apa, kenapa, bagaimana, siapa, dan bila ini semua berlaku...
mungkin diri yg x cukup amal, menjadikan jiwa x tenteram...
Ya Allah, bntulah hambaMu...

semangat dan kekuatan diri telah hilang diragut oleh angin yang berlalu tnpa meninggalkan kesan...
bagaikan semuanya hancur dalam sekelip mata...
apa sebenarnya ini Ya Allah?

jika ini ujian yang Kau turunkan utk ku,
aku redha Ya Allah, tapi Kau bantulah aku utk keluar dari kegelapan...
aku mahukan cahayaMu Ya Allah, aku mahukan kekuatanMu supaya dptku pinjam utk meniti hari-hariku...

semuanya bagaikan tidak kena kepada ku...
aku diuji dari setiap sudut Ya Allah...
bukan aku mengeluh, tetapi aku tidak kuat...
aku perlukan dahan utk berpaut
agar aku dapat bangun semula utk menempuh hari yg bakal menjelma..

Ya Allah, ampunkan dosaku kerana menipu ibuku...
bukan niat malah jauh sekali utk disengajakan..
tapi...
aku tahu bahawa dia telah terlalu banyak berkorban utkku...

Ya Allah, aku kembali kepadaMu...
dunia dan akhirat...
terimalah aku dan pimpinlah aku ke jalanMu

~ for u~



 " Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you' re just as pretty without makeup on. Find a guy that can accept you just who you are, not trying to make you as what he want. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... The one who turns to his friends and says, that's her... "


~its true~

Thursday, August 11, 2011

ARTIKEL BETUL

time lunch mcm ni di bulan2 puasa mmg xde keje lain la yg nak dibuat...
FB mmg mnjadi keutamaan...
tgh belek2 HOME FB ni
aku tnmpak sorg kwn aku ni post psl ni:


BILA PEREMPUAN SERIUS DALAM PERCINTAAN


1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu

2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu

3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA

6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA

7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU

8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA

9. tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu

10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU

11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA

12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu

13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah

14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia

15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya

16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS

17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI

18. mempelajari aktiviti seharian kamu

19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN

20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG

21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI

22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH

23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG

24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG

25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU

26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI

27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA

28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU

29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT

30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU

31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU

32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU

33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu

ada yg mmg betul... wallahualam...
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT LEBARAN...
peace... :)

Sunday, May 22, 2011

CERITA DALAM HATI...


OMG!!
serius dh lama gile x update...
x luahkan ape yg blaku di sini...
actually bz sgt2 ngn exam ritu...
dgn paper yg tah mcm pe...
sumpah susah!!

dgn citer g KL lg...
a lot of story...
rindu nak membebel...
tp sp yg nak dgr??
anybody??
hahaha

now in new environment, new status n also new life...
hope dat everytg bjln dgn lncar...
amin...

Monday, May 2, 2011

SAYA SAYANG KAMU...

SAYANG...
SAYA RINDU KAMU...
SANGAT2 SAYANG...
KAMU TAHUKAN SAYA PERLUKAN KAMU...
KAMU SELALU TEMANKAN SAYA...
KETIKA SAYA GEMBIRA, SAYA MARAH, SAYA SEDIH MAHUPUN KETIKA SAYA KERINDUAN DAN BERGADUH...
NYANYIKAN UNTUK SAYA...
KAMU SENTIASA HIBURKAN SAYA MASA SAYA SEDIH...
SAMPAI SAYA KEMBALI MAMPU TERSENYUM...
KAMU NASIHATKAN SAYA...


SAYANG...
TERLALU BANYAK KENANGAN YANG KITA CIPTA BERSAMA SELAMA KITA MENJADI SAHABAT KEPADA SATU SAMA LAIN...
SAYA AKAN INGAT KAMU SAMPAI KE AKHIR HAYAT SAYA...


'D'...
KENAPA KAMU BUAT KAMI BEGINI?
KENAPA KAMU PISAHAKAN KAMI...
TAHUKAH KAMU BETAPA KAMI MEMERLUKAN SATU SAMA LAIN?
DIA ADALAH JIWA SAYA...
SAYA KEHILANGAN SATU2NYA KAWAN YANG SANGAT MEMAHAMI SAYA...


'D'...
SAYA TAHU KAMU SAYANGKAN DIA...
SAYA JUGA...
KENAPA KAMU LETAKKAN HALANGAN DI DALAM HUBUNGAN KAMI...
MELETAKKAN TEMBOK SUPAYA SAYA TIDAK LAGI DAPAT BERBICARA DAN BERSAMA DIA?
SAYA MINTA AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA SAYA MENJADI ORANG KETIGA DI DALAM HUBUNGAN KAMU...
SESUNGGUHNYA DI DALAM HATI SAYA DIA HANYA SEBAGAI SAHABAT SAYA...
JANGANLAH KAMU BIMBANG SAYA MENDUDUKI TEMPAT DI HATINYA MENGGANTIKAN KAMU...
SESUNGGUHNYA SAYA TAHU BETAPA DALAM SAYANG DAN CINTA DIA TERHADAP KAMU...


SAYANG...
SAYA MASIH TERUS TUNGGU KAMU SEPERTI MANA SAYA TUNGGU KAMU SETIAP KALI SAYA MEMERLUKAN KAMU...
SAYA SUDAH MENUNAIKAN JANJI SAYA PADA KAMU DAN DIA...
SAYA TIDAK AKAN SESEKALI HADIR DALAM HIDUP KAMU BERDUA LAGI...
TAPI SAYANG...
IZINKAN SAYA MENYAYANGI KAMU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT SAYA...
KAMU SAHABAT SAYA DUNIA AKHIRAT...
IZINKAN SAYA MENYAYANGI KAMU DARI JAUH...
SAYA AKAN MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMU...
KERANA KAMU SEORANG SAHABAT YANG TERBAIK...


SAYANG...
IZINKAN SAYA MENYIMPAN KENANGAN2 KITA DI HATI SAYA...
UNTUK PENGUBAT RINDU SAYA PADA KAMU...
KETIKA WAKTU SAYA MEMERLUKAN KAMU SAYANG...
KETIKA SAYA PERLUKAN BAHU KAMU...
UNTUK MEYAKINKAN SAYA BAHAWA SAYA BOLEH BANGUN DARI SEMUA ITU...


SAYANG...
SAYA AKAN INGAT SEMUA TENTANG KAMU...
SAYA AKAN SENTIASA MENDENGAR LAGU KITA...
LAGU YANG SANGAT BERMAKNA BAGI KITA ITU...
LAGU YANG SELALU KAMU DENDANGKAN KETIKA SAYA BERADA DALAM KESEDIHAN ITU...


SAYA SAYANG KAMU SEDALAM2NYA...
OUR FRIENDSHIP NEVER DIE...

Friday, April 29, 2011

MAKEUP


minggu lps ada try beli 1 product ni...
agak baru dari Maybelline


smooth mmg smooth...
but macam x 'ngam' ngn kulit...
cm ne nak cakap ek...
die xbrapa nak 'masuk' la dlm kulit...
tah la...
ni bagi aku la, yg dh try 2 kali pkai die...
but mcm xpuas hati sgt...
kale die pun x natural sgt, nmpk mcm putih tlebeh je...

x mcm yg i pkai b4 dis...
die mmg x brapa smooth mcm mybelline
tapi die 'ngam' n 'masuk' gak r
btw
puas hati ngn yg ini...
even mahal lg sket dr Maybelline
but puas hati time kenakan die...
kale die pun cntik, natural je...
cuma nak cuci tu kena tenyeh kuat sket sbb die cepat resap...
so, die mcm 'lekat'
but totally puas!!

i try Maybelline tu pn sbb saje2 je...
sbb setahu i brg Maybelline ni bagus...
but...
hmm...
xtaw la...
mybe org lain pkai ok, but tiba tang i ni tah hape tah yg jd...

tapi kan...
td my fren citer plak psl 1 stick foundation dari Pixy ni


die ckp bagus
tgk die pkai pun ok je..
harga pun lebeh kurang Maybelline jugak...
nak try ke x?
tp takut jd mcm yg Maybelline je...
sudahnya start esk xnk pkai dh!!
if terdesak sgt2 je..
hahaha

itu citer psl foundation je...
blm msk brg makeup lain...
i xpenah pkai liquid eyeliner


tingin sgt tp xreti
sbb die sng comot if xpndai pkai...
tgk org pkai cntik je
siap buat style lg mcm nih


cntik kan...byk lagi style pkai eyeliner ni...
leh search kt google...

dl pun i jz pkai yg pencil eyeliner dr Avon je


but skrg dh xsentuh lgsg 
ada je tersadai dlm kotak tuh...
haha

simple je skrg...
jz foundation sket n bedak...
tuh jeh!!
ikutkn bedak pun xnak pkai
but nti nmpk sgt bmyk muka...

tah la...
perempuan dan kecantikan mmg xdpt dipisahkan...
but
tiba 1 masa, semua tu mmg lgsg x diamik kira...


oh ya...
concealer dari Maybelline pun xbrapa sgt


i bru try hari rabu lepas
mybe brg2 dari Maybelline mmg xsesuai dgn i kot...
msa pkai Maybelline mascara dl pun xcntik juga hasil die...
bketul2 even baru beli...
if dh lama tempoh die tu faham la kan...
ni x, baru je bli bln lps, bln ni dh ketul2...


tapi brg makeup i x mcm nih keh

byk gile...
but if kumpul2 semua brg yg x berpakai tu
leh la kalahkan ini...
:)


notakakilima: semua ni gara2 xpuas hati ngn foundation jeh...lalala


Thursday, April 28, 2011

PACKING MY STUFF


HARI TU MY MOM DTG SINI...
~ SETELAH SEKIAN LAMA JNJI NK DTG
SEAWAL JAM 7.30 MY MOM COL
'ADIK KT NE? MAK NAK DTG NI...JGN PEGI MN2'
~ PBUALAN TELAH DIPENDEK N DIPADATKAN
serta berbentuk arahan disitu!!
INGAT MAK DTG BWK MKNN
BUT
XDPT NK MKN MSK MAK
SBB MAK CKP XSEMPAT NK MASAK
NAK CPT
XPELAH...


~oii...back 2 da story la!


OK...
TIME MAK NAK BLK TU
AKU TELAH DGN BAIK HATINYA MENGIRIMKAN BRG2
YG NAK DIANTAR KE RUMAH
~ ACTUALLY TU BARU SEPARUH PACKING



GAMBAR-GAMBAR BIRTHDAY


hari tu janji nak abadikan pict2 dari sambutan bfday ritu...
lets pict story bout it...

our cake...

ni muka tgh mrh sbnrnya...

muka serabut la dis time

kasi potong itu cake la...


actually byk lagi pict nya
but
xleh msk semua...
sbb adegan2 romantika...
sila la faham...!!
hahahah




notakakilima: cake tu serius sdp sgt!!!xtipu...


Wednesday, April 27, 2011

2 IN 1

yesterday adalah hari yg paling menyedihkan aku...
2 benda yg aku x buat tapi dikatakan aku BUAT!
ape ni??!!
aku xbuat la...



knp nk cakap macam tu??
i know dat aku penah buat silap but itu dulu...
now dh xbuat dh...
knp nk ungkit2 lg??nk sgt ke aku buat lg perangai tu??
hah??
tawar hati??dun no...
yg aku tahu rasa pilu sgt kt sudut kiri atas dada aku...
air mata...
plz, jgn mengalir lg...
jgn kau mudah jatuh syg...
plz...
MASYITAH!!! KAU KUAT!!
KUAT!!
KUAT!!
KUAT!!


omg!!
taip ni pn dh jatuh apatah lg mengingati ape yg blaku....

Tuesday, April 19, 2011

SAYA DAN KEKURANGAN

surat ini ditujukan khas buat encik bakal suami...


sayang...
ketika sayang membaca warkah ini, saya sedang diburu perasaan gelisah, takut, bimbang... saya berfikir, adakah sayang dapat terima semua kekurangan yg ada pada diri saya ini..?


sayang...
saya ni suka bangun lewat..sebab saya juga suka tidur lewat...tapi saya tidur lewat bersebab...saya perlu, harus dan mesti siapkan kerja-kerja saya...bila saya siapkan kerja sayya, saya tidur lewat...bila saya tidur lewat, saya pun bangun lewat...mak saya cakap, rahsia kecantikan adalah dengan jaga waktu tidur kita supaya cukup 8jam dalam sehari...tapi sayang, saya janji saya tak akan macam ini bila saya dah kerja sebab bila saya kerja saya memang tidak akan fikir apa-apa selain kerja saya... saya janji saayang semua ini tidak akan berpanjangan...saya tidak akan bangun lewat masa di rumah mak mertua sebab menjaga airmuka suami adalah tanggungjawab isteri...saya tak mahu suami saya malu memperisterikan saya...


sayang...
saya ni cemburu...saya cemburu bila saya lihat wall facebook awak...ramai perempuan komen awak...saya cemburu sebab saya sayang awak...saya minta maaf jika sifat saya ini menyesahkan awak tapi saya sayang awak...saya cemburu sebab perempuan yang komen awak itu adalah perempuan yang sama yang suka pada awak...


sayang...
saya ni tak tahu masak...saya risau bila fikir nanti mak awak akan tanya saya "cik polan ni tahu masak tak?"...saya tak tahu nak jawab apa...sebab saya tak tahu masak makanan kegemaran awak yang sama macam mak awak masak dari awak kecik sampai sekarang...itu sebab saya takut, sebab saya tak tahu masak makanan yang sama rasanya macam mak awak masak...


sayang...
saya ini tidak berpelajaran tinggi...saya tak pandai...saya takut sangat bila fikir apa saya akan jawab bila mak awak tanya "cik polan dulu belajar di mana?"...sebab saya tidak seperti kawan-kawan awak dan anak-anak kawan mak awak...saya cuma belajar di universiti tempatan sahaja...saya bukan graduan dari University Harvard USA tu, bukan juga dari University of Cambridge UK tu, bukan dari Yale University USA tu, malah bukan juga dari University Oxford UK macam yang Amalina pergi tu...saya hanya dari Universiti Teknologi MARA je...


sayang...
saya ni bukan kuat agama...pendidikan agama yang mak abah saya bagi Alhamdulillah mencukupi tetapi saya ni tidak ikut apa yang saya pernah belajar dulu...saya tak pakai tudung labuh, saya bukan qariah negara, malah negeri pun bukan...saya juga bukan jenis yang berada di masjid setiap kali masuk waktu solat...tu sebab saya cakap saya bukan kuat agama...


sayang...
saya tak kaya...mak abah saya orang biasa saja..mak saya belajar setakat darjah enam sahaja...abah saya belajar setakat sijil pelajaran malaysia sahaja...abah dan mak saya tak ada rumah besar, tak ada tanah yang berbidang-bidang...abah dan mak saya tak ada kereta lamborghini di rumah...mak dan abah saya cuma ada kereta wira 1.8 warna gold dan kancil warna biru sahaja...mak saya cuma berniaga kecil-kecilan sahaja dan abah saya seorang bekas risda...tapi dengan duit berniaga itulah saya dan adik beradik saya di besarkan...


sayang...
saya takut bila saya fikir layakkah saya untuk hidup di dalam keluarga awak...antara awak dan saya sangat berbeza umpama gajah dan semut...saya sangat kecik jika hendak dibandingkan dengan awak...saya takut awak...saya takut sekiranya saya dipilih, adakah saya akan diterima seadanya sebagaimana saya yang sedia ada ini...saya takut awak...takut...


sayang...
sekiranya awak mengambil jalan untuk meninggalkan saya selepas membaca warkah ini, saya redha Ya Allah...sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon...semoga awak akan menemui kebahagiaan yang awak cari selama ini...saya tetap akan mendoakan kebahagiaan awak dunia dan akhirat..tetapi andai di sudut kecil hati awak menerima saya, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhinggan kepadaMu Ya Allah...saya berjanji dengan sepenuh jiwa dan raga saya, saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik supaya awak tidak menyesal memilih saya...


sayang...
walau apa jua keputusan awak, saya akan terima dengan hati yang lapang...saya ingin awak tahu bahawa saya sangat bersyukur dihadirkan Allah awak kepada saya...


sayang...
saya ingin mengundurkan diri terlebih dahulu...


salam sayang dari saya yang serba kekurangan ini...











notakakilima: baca boleh, percaya jangan...



Sunday, April 17, 2011

GEMUK..


waaa....
td tgk pict2 yg ada dlm lppy ni...
OMG!!
bezanya dl ngn skrg...
makin gemuk!!!
aduhh...
mcm ne ni...
hate dis!!
hate dis!!

ni awal tahun lps...

ni akhir thn time praktikal...

ni yg terbaru time smbut bfday housemate...

OMG!!
mak...
anakmu ini suda ingin kembali ke zaman dl...
nehi3!!!








HAPPY BIRTHDAY


sory syg...
adik lupa nk wish..
but my alarm dh bbunyi smlm time tdo...
tnda UR BIRHDAY !!
may Allah bless u sis
n hope u hepi wif ur fmly until the end of world...


luv u nyah!!


notakakilima: ni time smbut puasa ramai2 at Resort Safari Sg.Perak

wanita dan lelaki...




Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, Allah itu yang lebih mengetahui.

Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...





crying


crying??
yes!!
im crying rite now...
really2 hurt..





..........................................




Friday, April 15, 2011

PEREMPUAN..


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.








memang suatu kebenaran apa yg dicatatkan..."PEREMPUAN DICIPTAKAN DARI RUSUK KIRI LELAKI, MAKA CARILAH RUSUK KAMU YG HILANG ITU AGAR DIRI KAMU BERSATU KEMBALI"...




notakakilima: walaupun seorang perempuan itu keluar bersama lelaki yg bukan dicintainya, percayalah dlm hatinya pasti akan teringat pada kamu...