Tuesday, February 1, 2011

KaSiH sAyAnG


aku dibesarkan dalam suasana yang sangat harmoni
di dalam keluarga yang bahagia
ada ibu, ada ayah, dan ada adik beradik yang mewarnai hari-hariku
hari-hariku penuh dengan gelak ketawa
riang di samping keluarga tercinta
namun...
kebahagiaan tidak selalu mengiringiku
kesedihan telah meragut senyuman di bibirku
kehilangan insan tersayang ketika aku masih bertatih
cuba untuk mengerti mainan alam
telah mematahkan semangatku
aku hilang punca
hilang tempat untuk mengadu, tempat bermanja
Ya Allah, kenapa begitu berat ujianMu terhadapku
berat sungguh cabaran yang Engkau bentangkan untukku

KASIH SAYANG...
mengapa aku sukar untuk mendapatkannya
semakin aku mencari semakin aku gagal 
salahkah aku?
aku hanya mencari secebis kasih sayang yang aku hilang dahulu
mengapa begitu sukar untuk aku mengapai?
mengapa sukar untukku temui seorang insan
yang betul-betul menyayangiku
yang bisa ku sandarkan harapan 
yang bisa aku tumpang kasih, sayang dan manja
bantulah aku Ya Allah
bantulah aku menerangi jalanku
supaya kasih sayang dahulu bisa aku gapai
kerana aku dahagakan kasih sayang itu
aku perlukan kasih itu
aku perlukan sayang itu
kerana aku hanya manusia biasa
ingin menyayangi dan disayangi...

No comments:

Post a Comment