Monday, March 14, 2011

BFF


WARKAH BERLAGU HIBA DARI SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABATNYA...



sahabat-sahabatku...
masihkah kamu ingat akan kenangan kita bersama suatu masa dahulu...kita akrab bagaikan isi dan kuku...dimana ada kamu, di situ jua ada aku...kita membesar bersama dengan segala pahit dan manis...hidup kita diperindahkan dengan senyum dan tawa, duka dan hiba, tangis dan gurauan...
ingatkah kamu, kita dikenali ketika di bangku sekolah...siapa tidak kenal akan kita bertujuh...walau berlainan kelas, namun itu tidak membataskan persahabatan kita semua...walau berbeza pendapat namun kita teguh di atas landasan SAHABAT...
sahabat-sahabatku...
masihkah kamu ingat, selesai sesi persekolahan kita semua pasti akan menaiki motosikal bersama-sama, membelah lautan pelajar yang berpusu ingin pulang hanya semata-mata mahu ke kedai laksa sudu panjang?? :)
sungguh indah kenangan itu wahai sahabat-sahabatku...
masihkah kamu ingat, dahulu kitalah ratu...kitalah sebutan di bibir guru-guru...kita terkenal dengan kenakalan...namun, dalam kenakalan, kita adalah murid yang sangat taat pada guru...sehinggakan perkataan TIDAK itu tiada dalam kamus kita bersama...
sahabat-sahabatku...
masihkah kamu ingat segala senda tawa, gurau mesra kita?masihkah kamu ingat bagaimana kita bermusuh ketika di padang sekolah??semua itu bukanlah permusuhan dalam erti kata sebenar, hanya semangat kesukanan yang menebal dalam diri kita semua...DELIMA dengan DELIMAnya, NILAM dengan NILAMnya ...
masihkah kamu ingat akan peristiwa surat antara kelas kita??betapa keanak-anakan kita ketika itu...namun, semua itu membibitkan senyuman saat detik itu kita kenang...
sahabat-sahabatku...
masihkah kamu semua ingat...sekuat mana dugaan kita dahulu, sekuat itu jugalah tali persahabatan kita...dugaan itu tidak sekali-kali dapat mencabar simpulan kasih di hati kita semua...
sahabat...
terlalu banyak yang ingin ku katakan jika mengungkap tabir persahabatan kita...namun, di hati hanya Allah yang tahu betapa kasih sayang itu telah memberi satu kekuatan kepada diri kita...terlalu banyak kenangan yang inginku imbas kembali tatkala nama-namamu meniti di bibir ini...yang pasti hanya senyuman yang terukir manis...
sahabat-sahabatku...
ALHAMDULILLAH...kini kita semua berjaya di dalam kehidupan kita...semoga apa yang kita impikan bersama dahulu akan disulami dengan kejayaan dan doa restu dari bonda dan ayahanda...salam penuh kerinduan daripadaku untukmu wahai sahabat-sahabat sejatiku...hidupku bersamamu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan...

salam sayang penuh kerinduan dari sahabatmu....







WARKAH INI DITUJUKAN KHAS UNTUKMU:
AMINAH MUSTAPHA BAKRI
NORSYAKILA ABD WAHAB
NURU HUDA ZAINAL ABIDIN
NORSHIMAZATUL AIN MOHD HASHIM
NUR FAKIRA MAT ISA
SAIDATUL AIN MOHD ALI





3 comments:

  1. terharunyer saya bila membaca.. huk3..
    ase nak mengalir air mata..
    saya masih ingat semua itu...pasti tersenyum biler mengenangkan kenakalan yang x sudah2.. dengan trademark berubah2....huk3

    ReplyDelete
  2. luv u oll...our memory is our luv...

    ReplyDelete
  3. syg kamoo juga...cume batas waktu,ruang dan jarak membuat kita makin jauh dan jauh..berlari dan terus berlari mgejar cita dan cinta masing2..namun sesekali tersadung dan tersasar dlm mengorak langkah sehingga kenangan itu d lupe kan..hampir memusnahkan segala memori itu..kerana tebalnya kasih sahabat..segala kelukaan yg berparut d lupekan dan d lupuskan dr benak pikiran..kerana kamoo sahabat aku, mohon ampun dan maaf ats segala slh dan silap..juga slh dan silap kalian aku maaf kan~~ salam syg dari sahabat mu yg sentiase mengingati dan memerhatikan kalian dr jauh :)

    ReplyDelete