Wednesday, October 5, 2011

warkah buat tersayang




3 Oct 2011


Tidak tahu kenapa, ingatan terhadap arwah abah menyesak dadaku...
Kenapa begitu sukar untuk aku terima kenyataan walau sudah 10tahun arwah meninggalkan aku sekeluarga?

Ingatan terus kembali kepada kira2 10 tahun lepas. Dimana suatu petang habis waktu persekolahan aku, aku terus menuju ke perpustakaan awam di bahagian bawah sekolah aku. Disanalah aku telah berjanji dengan arwah untuk menunggu aku habis waktu persekolahanku.

Dari jauh aku sudah nampak kelibatnya di sebuah meja yang mengadap kea rah tingkap. Langkah aku perlahankan, di dalam hati timbul niat nakal untuk menyergahnya... ‘Harghh!!...’ sergahku sambil ketawa apabila arwah terkejut... ‘Terkejut abah! Kalau abah meninggal sebab adik sergah abah macam mana?’... Terkelu aku dengan teguran abah... Didalam hatiku berisgtifar minta dijauhkan segala kemungkinan itu...Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi pernah mengulangi perbuatan yang sama kepada abah... Jika aku lihat arwah terlalu kusyuk membaca ketika menungguku di perpustakaan, aku akan cepat2 menghasilkan sebarang bunyi untuk mengalihkan perhatian abah dari bacaannya supaya arwah sedar akan kehadiranku... Tidak sanggup aku mendengar ayat yang sama lahir dari mulut abah lagi... Sesungguhnya aku terlalu menyayanginya sehingga aku tidak sanggup menghadapi kenyataan sekiranya abah tiada lagi di dunia ini...

Namun, setiap yang hidup itu pasti akan kembali kepada PenciptaNya... Abah tidak terkecuali... Sekarang, segala kenangan itu tidak akan kembali lagi walau menangis air mata darah sekalipun, walau tetaat mana aku bermohon pada Allah untuk mengulangi peristiwa itu... Yang lepas tetap tidak akan kembali...

Namun, hati aku sukar sekali untuk menidakkan kenyataan itu... Bagiku arwah sentiasa wujud dalam setiap nafasku... Kerana di dalam diriku mengalirnya darah arwah, yang menjadi sebahagian daripada diri aku...

Abah... Jika diberi peluang, adik akan pastikan adik menjadi anak yang terbaik yang pernah abah ada di dunia ini... Adik akan pastikan tiada airmata yang mengalir di pipi abah disebabkan adik... Adik akan pastikan tiada langsung kegusaran dan kebimbangan yang akan abah alami... Adik akan pastikan adik tidak akan mengulangi lagi apa yang pernah adik lakukan sebelum tibanya hari itu... Adik menyesal abah, sangat menyesal dengan perbuatan adik... Seumur hidup ini adik akan menanggung sesalan itu... Sukar untuk adik maafkan diri sendiri atas perbuatan adik pada abah sewaktu hayat abah masih ada...

Abah... Maafkan adik bah... Maafkan adik tidak jadi yang terbaik... Adik terlalu rindukan abah... Rindu gelak ketawa abah, gurauan abah jika adik tidak mahu bangun dari tidur, usikan abah apabila abah mahu mengeluarkan angin, tasa’uf setiap kali selepas solat Subuh, ajaran abah apabila adik tidak faham English, teguran abah setiap kali adik melakukan kesalahan, main dengan urat yang timbul di tangan abah, rindu untuk mengucup tangan kasar abah yang selama ini membanting tulang untuk membesarkan adik, rindu mengucup pipi abah setiap kali tangan abah disalami...

Ya Allah, betapa aku tidak tahu bersyukur ketika arwah masih dalam hayatnya dulu... Kau ampunilah dosa2 arwah, Kau kurangkanlah siksa api kuburnya dan Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman...

Amin...amin ya rabbal ‘alamin....



~ Ngah Abdul Rahman@Mustapha bin Mohd Yusoff dalam kenangan... 22 Disember 2001, 10.45 pagi, Hospital Besar Taiping ~

No comments:

Post a Comment