Wednesday, April 13, 2011

..........ABAH.........




Mungkin Emak lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya Abah lah yg mengingatkan Emak utk menelefon kita?

Semasa kecil, Emak lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja Abah pulang bekerja dgn wajah yg letih Abahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, Abah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa Abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Abah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw Abah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi Abah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, Abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka Abah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,Abah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, Abah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Abah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Abah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari Abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat Abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..Abahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw Abah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Abah menangis krn Abah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu Abah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..








Alangkah baiknya jika aku diberi kesemapatan untuk membuatkan abahku tersenyum kebahagiaan ..


Tersenyum bahagia apabila dia tidak lagi perlu berasa risau akan diriku lagi..


Alangkah baiknya jika aku diberi peluang walau sekali...cuma sekali yang aku pinta...
Dapat diundurkan masa dan aku mempunyai peluang untuk mengatakan bahawa ...


"Abah, adik bersyukur dilahirkan ke dunia sebagai anak abah dan adik bersyukur mempunyai abah seperti Abah...dan ketahuilah Abah bahawa adik tidak inginkan abah yang lain selain Abah...adik sayang Abah sepertimana adik dituntut untuk menyayangi Emak...
dan alangkah baiknya jika adik dapat memberikan Abah seorang menantu yang akan menjaga adik sepertimana Abah menjaga adik supaya Abah dapat pergi dengan tenang dan tidak gusar"...






(Sources from Sani Othman. Edited by myself)






No comments:

Post a Comment