aku bengang btl la
haihh!!
mud: marah, so jgn kaco
nk bg cool down blk jom baca ni...
aku tetiba rasa nk tulis psl
my MR.RIGHT...
ciri2 je la
yg aku nak...
1. AGAMA
~ DALAM ISLAM PUN ADA SEBUT, CIRI2 LELAKI/PEREMPUAN YANG HENDAK DIJADIKAN SBG PASANGAN KENALAH BERAGAMA...NI BKN BERAGAMA ISLAM ATAS DASAR ATAS IC JE YA...ISLAM YANG DIIMPIKAN ADALAH EN.HUSBAND NI KENALAH MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA YG KUKUH...BUKAN LA SMPAI ALIM TU (IF DPT TU 1 BONUS, AMINN), YG PENTING DIA DPT BIMBING AKU JADI INSAN, BUKAN MANUSIA...BIMBING AKU KE JALAN YG BENAR DAN DIREDHAI ALLAH...
2. HARTA
~ MACAM MATERIALISTIC PLAK KAN??BUKAN MCM TU...HARTA NI MAKSUDNYA EN.HUSBAND PERLU MEMPUNYAI KERJAYA YG KUKUH SUPAYA DIA DPT MENYARA HIDUP KAMI BILA KAMI DH BERSAMA NANTI...SARA ANAK2 YG BAKAL ADA NANTI...BUKANNYA DUDUK RUMAH JADI SURARUMAH, PASTU BARANG2 KEPERLUAN DIA NAK YG BRANDED2 AJE, XMAIN PAKAI CIKAI2 NI...HOMAGAD!!MINTA DIJAUHKAN MALAIKAT 44 LA...BIARLAH DIA JADI SUAMI YG BERTANGGUNGJAWAB, SUPAYA DI AKHIRAT NANTI DIA AKAN ADA BEKALAN UNTUK DIJAWAB KETIKA DISOAL...
3. KELAKUAN
~ KELAKUANNYA MESTILAH YG SEJUK MATA MEMANDANG...YG PENTING DIA DAPAT TERIMA KELUARGA DAN DIRI INI SEADANYA...SEBAB BYK KURANGNYA MASYITAH NGAH ABDUL RAHMAN NI...JADI, BIARLAH DIA MENJADI PELENGKAP KEPADA KEKURANGAN INI...EN.HUSBAND JUGA SEKIRANYA BOLEH PERLULAH MELAYAN KELUARGA BELAH PEREMPUAN SEBAGAIMANA DIA MELAYAN KELUARGANYA KERANA IBUBAPA SY JUGA ADALAH IBUBAPANYA...DERHAKA KEPADA IBUBAPA SAYA, BERERTI DERHAKA JUGA KEPADA IBUBAPANYA SENDIRI...
4. PARAS RUPA
~ BUKAN MEMILIH, TETAPI PARAS RUPA JUGA PERLU DITITKBERATKAN SUPAYA ZURIAT YANG LAHIR AKAN MEWARISI GEN ABI DAN BONDANYA...SEMPURNA SIFATNYA SUPAYA KELAK DIA TIDAK AKAN BERADA RENDAH DIRI UNTUK BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT...
itu yg pentingnya...yg dibawah ni adalah impian o harapan...doa2 semoga dapat...
5. ROMANTIK
~ ROMANTIK NI BUKANLAH SIFAT YG PERLU DIBUAT2 ATAU DILAKONKAN OLEH EN.HUSBAND SUPAYA AKU TERIMA DIA...TIDAK SAMA SKALI...JADILAH DIRI SENDIRI, TIDAK PERLU DIRANCANG, BIARLAH 'IA' BERJALAN DGN SNDRI NYA... JIKA ADA SIFAT INI MMG 1 BONUS PDA EN.HUSBAND...
6. PENYAYANG
~ PENYAYANG BUKAN SAJA KEPADA KELUARGA DAN ISTERI...TETAPI JUGA KEPADA ZURIAT DAN SESAMA INSAN DU DUNIA INI...PENYAYANG JUGA KEPADA MAKHLUK ALLAH YG LAIN...(BONUS JIKA DIA SUKA KUCING)...
7. TEGAS
~ TEGAS DI SINI BUKAN BERMAKSUD "YOU ARE THE KING OF KINGDOM"...TETAPI TEGAS YG BERTEMPAT AGAR DIA DIHORMATI, BUKAN SAHAJA OLEH SY, TETAPI JUGA OLEH ZURIAT DAN INSAN DI SEKELILING...
mgkin itu saja kot...yg lain2 ada lg, tapi xboleh bocor semua rahsia...cukup la yg basic2 ni...
nak tahu lebeh kna jadi EN.HUSBAND sy...huhu
cpt2...sp yg rasa2 menepati ciri sila amik borang
(bajet ada je kan nk jd en.husband ko!!!berangan lebeh!!)
notakakilima: semoga jodoh saya berkekalan ke akhir hayat...insyaAllah..aminnn
No comments:
Post a Comment